Parti Amanah Negara (Amanah) sah akan mempertaruhkan penyandangnya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Parlimen Kuala Selangor walaupun beliau ebelum ini mahu memberi laluan kepada muka baru.<br /><br />Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerusi itu menjadi sangat kritikal dan serius selepas UMNO dikatakan mahu meletakkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
